PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

DUA6022: KOMUNIKASIDAN PENYIARAN
DALAM ISLAM
E – FOLIO
HIBURAN MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI
PUNCA KERUTUHAN AKHLAK REMAJA
NAMA PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
NAMA PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
NAMA
|
NO.MATRIK
|
MUHAMMAD ZULFAKAR BIN MOHD NAZARI
|
02DEC15F1025
|
MOHD ISMETH EMIR BIN HAIRUDIN
|
02DEC15F1045
|
MUHAMMAD RAFI’UDDIN BIN AB AZIZSAH
|
02DEC15F1015
|
SAMUEL JEBARAJ A/L BELAEIDZAM
|
02DEC15F1047
|
PENDAHULUAN
Keruntuhan akhlak di kalangan remaja
sering dijadikan topik perbincangan di pelbagai wadah – di dada akhbar dan
majalah, rencana, wawancara dan drama televisyen dan radio, sehingga ke ceramah
dan forum semasa. Masalah ini telah lama mendapat tempat di dalam keprihatinan
masyarakat khususnya di Malaysia, tetapi sehingga kini masih belum tampak jelas
jalan penyelesaiannya.
Bermula dari isu ini, kaitan sering
pula dibuat terhadap masalah-masalah lain, seperti peningkatan kadar jenayah,
peningkatan masalah penagihan dadah, kurangnya graduan berkualiti dan pelbagai
lagi permasalahan yang menghantui masyarakat. Selalu dilihat adalah pelbagai
pihak yang menuding jari ke pihak-pihak tertentu, namun sebenarnya apa yang
diperlukan adalah pemahaman yang mendalam dan menyeluruh (holistik) terhadap
punca masalah ini, dan seterusnya usaha menangani yang juga perlu menyeluruh
dan bersepadu, bukannya yang datang dari sudut-sudut tertentu dan usaha yang
terpancar-pancar.
Definisi Hiburan
Hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang direka bentuk
untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer,
"penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh
menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan hiburan
digelarkan industri hiburan.
Pada umumnya, bermain dan membaca, serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong
dalam rekreasi kerana
hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali
dalam permainan komputer.
Definisi Akhlak
"Akhlak" berasal dari bahasa arab yaitu ” Al-Khulk ”
yang bererti perangai, tingkah laku, kebiasaan, kelakuan. Menurut
istilahnya, akhlak ialah sifat yang tertanam di dalam diri seorang manusia
yang bisa mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu
pemikiran dan paksaan.
Definisi Remaja
Remaja berasal dari kata latin adolensence yang
berarti tumbuh atau tumbuh menjadi dewasa. Istilah adolensence mempunyai arti
yang lebih luas lagi yang mencakup kematangan mental, emosional sosial dan
fisik (Hurlock, 1992). Pasa masa ini sebenarnya tidak mempunyai tempat
yang jelas karena tidak termasuk golongan anak tetapi tidak juga golongan
dewasa atau tua.
Keruntuhan Akhlak Remaja - Remaja
Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula
jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang
cemerlang. Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini
benar-benar membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini
menimbulkan pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun
bahagian ini hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di
kalangan remaja.
Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini
mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya
menjerumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif
yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai
masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan
disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku
dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan
dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah
laku yang melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku
seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak
patuh arahan pula mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada
pelajaran, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas
dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan
pengajaran adalah seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar,
mengganggu kawan semasa guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru. Tidak
sopan pula merupakan salah laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap
kasar dengan guru.
Kes jenayah di kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah dikritik dan
di anggap sebagai puca kepada peningktan jenayah dalam masayarakat. Pelbagai
masalah juvenil (jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah)
seperti menjadi samseng, menyertai geng motosikal, memeras ugut, menumbuk guru,
merosakkan harta sekolah, mencuri, menipu, merogol, berjudi dan mabuk
mencerminkan kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawal sosial
remaja. Meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah
manifestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Jenayah
remaja adalah produk sosial dan budaya masyarakat keseluruhannya. Sering juga
dikatakan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan. Mereka adalah aset kekayaan semula
jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan
kemasyarakatan negara. Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan
diatasi supaya tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai ini.
Punca keruntuhan akhlak remaja ini, antaranya ialah mudah terikut-ikut
dengan perangai rakan mereka. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam
yang luas di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka.
Remaja juga mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia
membesar. Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan
nilai. Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada
alam yang lebih matang dan dewasa. Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang
diselubungi harapan, cabaran dan ketegangan. Mengikut kajian yang dibuat ada
tiga faktor yang penyumbang kepada ketegangan dalam zaman remaja iaitu
perubahan fizikal yang cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan
remaja sebagai manusia pinggiran (manusia marginal) dan keperluan menyediakan
diri untuk memasuki dunia dewasa.
Perubahan fizikal yang cepat dan kematangan jantina ini boleh
menimbulkan beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti remaja perlu
menyesuaikan diri dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada
diri mereka. Remaja menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan
fizikal dan perkembangan jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak
selesa, tidak yakin, tidak selamat, malu dan segan. Konsep kendiri remaja
kadangkala dipengaruhi oleh perubahan fizikal dan perkembangan jantina. Remaja
mungkin menggunakan mekanisme bela diri bagi menjaga maruah.
Keperluan menyediakan diri untuk dunia dewasa. Keadaan ini menimbulkan
beberapa perkara krisis dalam hidup remaja iaitu mendapat pendidikan dan
latihan bagi mencapai tahap kebebasan ataupun ke tidak bergantungan kepada ibu
bapa dalam aspek ekonomi dan kewangan. Memilih kerja yang sesuai dengan
kebolehan, minat dan keperluan masyarakat. Bersedia menjalani kehidupan
berkeluarga. Remaja mestilah bersedia menghadapi masa depan yang mencabar dan
juga mampu mencapai kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa
lain disamping itu juga dapat berhadapan dengan harapan dan nilai hidup
bertentangan yang menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan.
Keruntuhan akhlak remaja juga dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan
banyak puncanya. Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan
mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan
rapi. Faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan
remaja. Proses urbanisasi iaitu kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan
moral di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri
yang kita alami. Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang
biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat
bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan
antara anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap
orang saling mengenali, tolong-menolong dan mengambil berat antara satu sama
lain sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan
ini secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat
memelihara tingkah laku masyarakat. Perbuatan melanggar norma masyarakat
kampung itu cuba dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama
keluarga juga turut tercemar. Suatu masa dahulu, kempen remaja ‘rukun tetangga’
diadakan bagi menjaga keamanan di kawasan masing-masing. Tetapi malangnya,
ramai yang menyalah gunakan kempen ini. Ada yang sekadar menandatangani buku
kedatangan ataupun berborak dan bersembang kosong sehingga tiba masa pulang.
Antara nilai yang dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan
industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik yang menyebabkan
setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa mengambil
tahu hal orang lain. Sikap individualistik ini menyebabkan tiada hubungan
antara satu sama lain di dalam kawasan kediaman. Jika ada sekalipun adalah pada
tahap minimum.
Hubungan kekeluargaan juga merupakan factor yang dapat dikaitkan dengan
keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau
pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada
keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai
latar belakang keluarga yang baik dan kaya. Dalam faktor sosial, peranan ibu
bapa penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana
wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan
pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan
hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa
kasih sayang dan masa bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan
perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak
rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur
dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin
kepada pihak sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak
walaupun pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak
di sekolah. Anak-anak ini meng-ambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka
dengan bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak
polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita
meletakkan masalah disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa
melepaskan tangan dalam hal ini.
Mengikut kajian yang dibuat berkaitan dengan faktor keluarga
menyimpulkan beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu
tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak, tidak mengambil berat
pencapaian anak-anak, ibu bapa tidak sefahaman di rumah, pendapatan ibu bapa
yang rendah menyebabkan anak malu ke sekolah kerana tidak mampu membayar yuran
tidak mengambil tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak. Berdasarkan
pemerhatian, ibu bapa yang berstatus rendah di luar bandar lebih merelakan
tindakan guru kerana bagi mereka, tanggungjawab guru bukan sahaja menyampaikan
ilmu, tetapi juga mencorakkan anak mereka supaya lebih bertanggungjawab dan
berhemah tinggi. Manakala, ibu bapa berstatus agak tinggi sering mempersoalkan
tindakan guru kerana anak mereka terlalu dimanjakan di rumah dan lebih
cenderung memberi alasan anak mereka tidak pernah dipukul di rumah. Sepatutnya,
mereka menyedari tanggungjawab yang berat perlu dipikul kerana ibu bapa hanya
mengawal beberapa orang ataupun seorang anak di rumah sedangkan guru perlu
menjaga 40 orang pelajar di dalam setiap kelas. Tambahan pula, terdapat ramai
guru muda yang tidak berpengalaman mendidik anak-anak mereka berbanding ibu
bapa yang lebih memahami sikap anak-anak mereka. Justeru, dapat diandaikan
bahawa punca keruntuhan akhlak adalah kemerosotan asuhan, didikan, bimbingan
dan kawalan ibu bapa ataupun penjaga.
Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial
menyebabkan ibu bapa dan anak tidak mempunyai masa ataupun kesempatan bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain, malah jarang mempunyai peluang
bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan. Sementara remaja
pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang sempurna.
Remaja itu cenderung membawa cara hidup bersendiri. Keluarga yang terlalu mewah
juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang
terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang banyak. Ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain supaya bersuka-suka.
Pergaulan bebas dan pengaruh rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak memburukkan
lagi keadaan. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat berkenaan kelakuan dan
pergaulan anak remaja mendorong remaja mempunyai akhlak yang rosak. Remaja yang
terdedah lebih awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks
tanpa bimbingan yang cukup daripada ibu bapa juga adalah faktor keruntuhan
akhlak remaja. Antara punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan
hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan
ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosioekonomi
yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tidak tenteram serta
ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh
menyebabkan remaja rosak akhlak. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan peranan
yang besar dalam merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan serta
menyediakan pelbagai kemudahan supaya golongan remaja mendapat panduan yang
cukup bagi menghadapi zaman dewasa.
Pengaruh persekitaran Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media
masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah. Pelbagai
dorongan kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini dan seterusnya
menyebabkan remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran itu, bagi
memenuhi perasaan ingin tahu akibat dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau
di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snuker, pusat permainan video dan
sebagainya. Perbuatan seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang
kurang sihat. Selain daripada pergaulan kurang sihat, remaja juga turut
menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti ini banyak
dipengaruhi oleh media massa. Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja
terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri.
Pengaruh negatif ini dapat dilihat daripada majalah-majalah hiburan, buku-buku
yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan
tayangan-tayangan filem barat. Mengikut pemerhatian kebanyakan akhbar mingguan,
majalah hiburan dan buku-buku cerita di pasaran kini lebih mengutamakan
hiburan, keganasan dan fantasi kosong. Bahan-bahan ini mendorong sikap negatif
seperti suka mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakuan
anti-sosial.
Pengaruh di sekolah dapat dibendung dengan disiplin iaitu asas utama
mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika,
nilai, akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin
sekolah yang berkesan, semua guru perlu menunjukkan komitmen dan diberi
tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah
yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin di kalangan
pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin.
Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar
dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru
mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani
masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah mahupun di
luar sekolah. Murid-murid nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih
berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang
kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas
mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak
disukai. Bagi guru yang berasa keselamatan mereka terancam mengambil sikap
tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid
bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri sendiri, membutakan
mata, membisu suara dan membenamkan rasa kecewa mereka sebagai golongan
pendidik yang dayus dan tidak berwibawa. Sekiranya pada ketika dahulu guru
mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik pelajar, tetapi hari ini nilai
kasih sayang sebegini jarang dapat dilihat dan kadangkala terus hilang
disebabkan kepentingan yang bersifat material. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah
menegur sikap guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh kepada murid dan
hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang ditugaskan kepada mereka.
Sehubungan itu, sistem pendidikan tidak boleh dipersalahkan. Tetapi, sikap guru
yang sekadar menyampaikan maklumat mata pelajaran yang dipertanggung-jawabkan
ke atas mereka perlu dibetulkan.
Di samping itu, ketidakseimbangan nisbah guru wanita dan lelaki yang
kian meruncing di sekolah rendah dan menengah menimbulkan isu di mana guru
wanita menyebabkan disiplin pelajar kian merosot. Sifat wanita yang
lemah-lembut menjadi isu di mana pelajar tidak takut kepada guru wanita.
Ketidak-seimbangan bilangan guru ini kian ketara bukan disebabkan Kementerian
Pendidikan memberikan lebih tempat kepada guru wanita, tetapi kekurangan
golongan lelaki yang memohon. Walau bagaimanapun, adakah semua tindakan
disiplin hanya dapat dilakukan dengan tindakan keras seperti merotan?
Masyarakat merasa bimbang kerana guru lelaki lebih ber-kemampuan mengambil
tindakan tegas dan keras berbanding guru wanita. Guru disiplin dapat
mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti menggunakan
pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca masalah sebenar.
Keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga boleh
mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka. Begitu juga
dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan
mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin
pelajar di sekolah, setiap guru perlu meng-gunakan budi bicara yang luhur di
samping tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan.
Masalah remaja juga boleh dikaitkan dengan kerjaya. Kebanyakan pelajar
atau remaja hari ini tidak faham hubungan antara pelajaran dan kerjaya.
Akibatnya, mereka berada di sekolah semata-mata ingin lulus dalam peperiksaan
ataupun sebab ibu bapa mereka mahu mereka ke sekolah. Secara tidak langsung,
ramai yang kurang bermotivasi di sekolah. Mereka tidak mempunyai matlamat hidup
dan rancangan masa depan. Cadangan mengatasi masalah ini berkisar dengan isu
pelajar remaja. Justeru, kebanyakan strategi penyelesaian yang dinyatakan di
sini memberi tumpuan pada golongan pelajar remaja. Pendekatan akademik Ini
dapat dilakukan dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik
dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu
juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang baru dan teknik pengajaran
luar kelas, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan
tekanan yang dihadapi oleh pelajar di
sekolah. Strategi ini dapat menarik minat pelajar remaja menghabiskan
lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi
manfaat kepada perkembangan mereka.
Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan kerana ia dapat
mengurangkan penglibatan pelajar dengan kegiatan disiplin ataupun jenayah di
sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia dapat menimbulkan
rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam mengawasi disiplin. Namun, ia
perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi
dalam menambahkan unit kawalan tambahan. Ia juga mewujudkan tentangan daripada
ibu bapa memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil
bagi anak mereka. Perkara yang berhubung dengan aspek perundangan adalah
penguatkuasaan undang-undang oleh polis. Ini bermakna, bidang kuasa polis boleh
diperluaskan merangkumi kegiatan pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan
menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu
ditubuhkan pada peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara supaya segala
kegiatan pelajar di dalam dan luar sekolah diawasi.
Khidmat nasihat Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu, kaunseling juga dapat
dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Guru
kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan kaunseling rakan sebaya di
kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik bagi membantu hubungan
yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama
lain. Menurut kajian, remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada rakan
sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat apabila di-rancang dengan teliti dan
mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-asas kaunseling remaja
bagi menganjurkan dan memantapkan program ini. Lanjutan daripada itu, golongan
remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman
pergolakan yang serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku semasa baligh banyak
mempengaruhi jiwa, perasaan dan fikiran remaja. Ini menyebabkan mereka
menghadapi banyak masalah menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan
membentuk identiti diri.
Tingkah laku keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa ini, mempunyai
hubungan rapat dengan kemasukan elemen-elemen negatif dari luar yang tidak
terkawal ke dalam negara serta masyarakat dan budaya kita. Lantaran itu,
kemasukan aliran muzik songsang perlu disekat dengan mengharamkan kemasukan
muzik berunsur lucah. Pada masa yang sama, serbuan yang kerap perlu dilakukan
ke atas premis-premis yang menjual barangan seperti rokok, pistol dan
sebagainya bagi mengesan dalang yang mewujudkan fenomena keruntuhan akhlak di
kalangan remaja. Usaha yang berterusan dapat membanteras jenayah di kalangan
remaja hingga ke akar umbi.
Bagi menangani masalah ini, pendekatan yang wajar adalah melalui
ceramah-ceramah sivik yang dapat dilakukan pada peringkat sekolah. Walaupun
demikian, wajar seandainya program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa.
Contohnya, pada ‘Hari Ibu Bapa dan Guru’ yang diadakan setiap tahun,
ceramah-ceramah dapat memberikan keterangan yang jelas berkenaan peranan ibu
bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, pengetahuan
agama perlu ditekankan dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan
agama memberi garis panduan kepada individu apabila bertindak. Di samping
pengetahuan agama, keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu disampaikan
kepada remaja dan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa penting supaya anak, pendidik
dan ibu bapa berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan
lagi hubungan. Sehubungan itu, terdapat banyak surat pekeliling yang bertujuan
memberi panduan kepada guru besar dan guru-guru berkenaan pengurusan disiplin
pelajar.
Namun begitu, secara umumnya, didapati disiplin pelajar di
sekolah-sekolah semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat
panduan ini tidak diberikan perhatian yang serius. Terdapat juga guru-guru yang
tidak bekerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin,
kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah
punca utama masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatif juga mempengaruhi
sikap dan tanggapan pelajar pada konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru,
pentadbiran sekolah perlu me-mastikan sekolah menyalurkan maklumat itu kepada
guru-guru menerusi sesi-sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi
memastikan mereka faham berkenaan hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan
disiplin yang betul.
Ada kalanya, sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia
adalah wadah terbaik bagi menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik.
Pendidikan moral memberi pengaruh besar dalam mencorakkan sikap dan akhlak
remaja dan seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial. Oleh kerana pendidikan
moral disampaikan kepada remaja sejak kecil lagi, ia sedikit sebanyak dapat
mewujudkan sikap dan nilai positif kepada diri individu berkenaan. Oleh itu,
para pelajar perlu diberi penerangan yang jelas berkenaan alam remaja, masalah
dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai dewasa. Ini dapat dilakukan
melalui ceramah dan majlis penerangan berkenaan masalah kehidupan remaja serta
kempen memupuk kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar bukan sahaja masalah
pelajar, ibu bapa dan guru tetapi masalah masyarakat. Dengan itu,
pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik,
pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi bagi membantu
dan bekerjasama menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak
dari-pada anggota masyarakat umum kepada ketua masyarakat adalah perlu kerana
masalah akhlak remaja ataupun pelajar adalah masalah masyarakat. Kawalan sosial
perlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap ‘tidak apa’ ataupun tidak ambil
tahu perlu diubah demi kepentingan masyarakat.
Pusat kegiatan remaja merupakan satu lagi aspek pencegahan yang perlu
diberi perhatian adalah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana
semua aktiviti dirancang dengan teliti dan teratur. Dengan ini, program ataupun
aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja membekalkan
kemahiran-kemahiran supaya remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan
diri mereka. Di samping kemahiran, pusat-pusat ini juga boleh memberi
ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang
diperlukan dalam perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya, pertukaran belia
antara negeri dan negara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan
pengalaman para remaja. Kerjasama antara agensi Pada masa ini, sudah wujud satu
jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri bagi memerhati perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke
semasa dan mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum pelajar-pelajar
terjebak ke dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun,
keberkesanan jentera ini dapat dipertingkatkan dengan membuat kajian dari
semasa ke semasa berkenaan aktiviti, program serta pelaksanaannya dalam
menangani masalah keruntuhan akhlak remaja. Program pemulihan dalam komuniti
dan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dikaji dari semasa ke
semasa supaya perancangan dan program-programnya selaras dengan kehendak dan
persekitaran remaja.
Peranan media juga perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha
membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih mudah
menganjurkan program berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja yang berjaya
dalam lapangannya boleh memberi contoh yang positif kepada remaja secara
keseluruhannya. Di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca,
gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja supaya turut
berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak penerbit,
terutamanya yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar dan peka
pada tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan bercorak
pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai
sifat-sifat yang baik. Kesimpulan Matlamat utama Wawasan 2020 adalah membina
sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral.
Namun, apabila dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa
kini, terdapat jurang perbezaan yang besar di mana jumlah kes jenayah di
kalangan pelajar ataupun remaja hari ini semakin meningkat. Nampaknya, semakin
maju negara, semakin luntur nilai moral masyarakat. Justeru, dalam keghairahan
merancang dan merencana pelbagai projek raksasa supaya negara seiring dengan
ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita juga tidak
boleh meminggirkan projek raksasa dalam membina insan.
PENUTUP
Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan yang
penting dalam mengurangkan masalah hiburan melampau dari terus berleluasa. Ibu
bapa juga perlu memberikan penekanan dalam aspek keagamaan untuk mendidik
anak-anak supaya tidak terus terjerumus dalam hiburan melampau.Ibu bapa juga
harus memberikan kasih sayang yang secukupnya agar anak-anak tidak terasa
disisihkan
RUJUKAN
- sumber internet
- media sosial
- http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pusat-hiburan-melampau-1.4230
- http://www.sinarharian.com.my/semasa/isu-k-pop-kerajaan-lemah-pantau-hiburan-luar-1.351144
- http://www.mymetropost.com/2017/01/39-dicekup-terlibat-motivasi-secara.html
LAMPIRAN
- Remaja
bertudung dikecam kerana dipeluk oleh artis luar negara.

2. Aplikasi game yang bukan-bukan juga dpat mempengaruhi remaja ke arah yang tidak elok.

3. Keratan akbar yang menunjukkan bunyi muzik hingga lima pagi

4. 39 lelaki dicekup di pusat peranginan

Comments
Post a Comment